Monday 15 January 2018

Kaki Kucing Terseliuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Saya masih baru di blog. Jadi kalau ada salah dan silap sila tunjuk ajar ye. Thanks ^^

Okay, kita straight forward terus okay.

 (Baby sebelum kaki terseliuh)

Cerita dia macam ni..
2 hari lepas, saya balik je kerja tetibe nampak baby (nama kucing) saya jalan terhencut-hencut. Saya ingatkan dia patah kaki, terkejutlah saya. Terus cari klinik haiwan terdekat ada yang buka tak. Sebab masa tu dah pukul 10 malam. Tapi malangnya tiada klinik yang buka...

 (Baby selepas kaki terseliuh)


Keesokannya hari ahad, saya cari lagi klinik haiwan mana yang buka sekitar rumah saa. masih tutup sebab hari ahad. Jadi, saya bertekad hari isnin nak ambil cuti sebab nak hantar kucing gi klinik. Disebabkan saya rasa yang kucing saya ni patah kaki, masa saya call klinik2 berhampiran.. dia kata dia tak boleh rawat binatang patah kaki.. jadi saya search google klinik berhampiran yang ada tulis 'Klinik Haiwan & Surgery'. Akhirnya jumpa juga. Terus hantar ke sana.

Saya ada juga buat survey kt blog blog lai. Semua cakap harga kucing patah kaki dalam lingkungan rm100 - 500 ringgit. tiada harga spesifik. Tapi nilah bajet harganya.

Alhamdulillah, kucing saya bukan patah kaki. Doktor cakap kucing saya terseliuh je.

Inilah resit harga untuk kaki kucing terseliuh.. (Harga sebenar RM58 sahaja yg + RM8 tu ubat untuk pencernaan dalaman. Pastu dapat diskaun -RM10 lagi.) Bersyukur sangat ^^

 

10 comments:

  1. Tak sangka post tuan yg 2018 ni sangat berkesan menaikkan semangat saya! Terima kasih ya! Sy rasa kucing sy juga sedang mengalami kaki terseliuh. Sbb dia masih boleh jalan pakai kaki tu lagi, cuma terhenjut². Dan bila sy cuba pegang, kakinya sedikit bengkok😮. Malangnya di kawasan sy skg xda vet bukak sbb covid19😥. Kalau kaki kucing patah, memang dah takleh gerak langsung ke kaki tu tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boss wasap saya untuk tahu pasal kucing seliuh 01123360915

      Delete
  2. Sy tolong jawab la ye.. Hehehe.. Kalau kaki kucing x boleh jejak lantai maksudnya patah, tapi kalau masih boleh berjalan dan jejak lantai mungkin ada luka, terkena duri atau terseliuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kucing kita kaki patah n kita biarkan je tk bawak pergi vet , agak2 ada side effects tk untuk diri dia ?

      Delete
  3. Kalau kaki kcing terseliuh tu klinik buat ape kt kcing yee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesiapa ada pengalaman kaki seliuh wasap saya 01123360915

      Delete
  4. Tq ye post info ni dan komen2 yang boleh saya jadikan panduan.. ptg td saya tengok kaki kitten saya terhincut2.. tp masih jejak lantai.. cuma x aktif mcm selalu .. nak ke klinik haiwan td tp dah tutup

    ReplyDelete
  5. Kucing saya kena langgar..Xpasti kereta atau motor..Bahagian belakang dia sepertinya terseliuh..Dan ad pendarahan dkt vagina dia..Dan dia nk kencing dan membuang sgtlah susah..Sekarang keadaan dia kurang memuaskan sbb xnk makan..Saya jus syrige telur kuning untuk dia dan sedikit air..bahagian perut bawah dia terasa bengkak..Apa yg perlu sy buat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai sis..walaupun komen sis dari 2021 tpi sy nak tahu keadaan kucing sis skrg

      Delete