Monday, 15 January 2018

Kaki Kucing Terseliuh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua....

Saya masih baru di blog. Jadi kalau ada salah dan silap sila tunjuk ajar ye. Thanks ^^

Okay, kita straight forward terus okay.

 (Baby sebelum kaki terseliuh)

Cerita dia macam ni..
2 hari lepas, saya balik je kerja tetibe nampak baby (nama kucing) saya jalan terhencut-hencut. Saya ingatkan dia patah kaki, terkejutlah saya. Terus cari klinik haiwan terdekat ada yang buka tak. Sebab masa tu dah pukul 10 malam. Tapi malangnya tiada klinik yang buka...

 (Baby selepas kaki terseliuh)


Keesokannya hari ahad, saya cari lagi klinik haiwan mana yang buka sekitar rumah saa. masih tutup sebab hari ahad. Jadi, saya bertekad hari isnin nak ambil cuti sebab nak hantar kucing gi klinik. Disebabkan saya rasa yang kucing saya ni patah kaki, masa saya call klinik2 berhampiran.. dia kata dia tak boleh rawat binatang patah kaki.. jadi saya search google klinik berhampiran yang ada tulis 'Klinik Haiwan & Surgery'. Akhirnya jumpa juga. Terus hantar ke sana.

Saya ada juga buat survey kt blog blog lai. Semua cakap harga kucing patah kaki dalam lingkungan rm100 - 500 ringgit. tiada harga spesifik. Tapi nilah bajet harganya.

Alhamdulillah, kucing saya bukan patah kaki. Doktor cakap kucing saya terseliuh je.

Inilah resit harga untuk kaki kucing terseliuh.. (Harga sebenar RM58 sahaja yg + RM8 tu ubat untuk pencernaan dalaman. Pastu dapat diskaun -RM10 lagi.) Bersyukur sangat ^^